Sunday, December 21, 2014



Bagi yang membawa tarbiah, ingatlah bahawa kita tidak mentarbiahkan manusia hanya untuk menjadi pengikut kita yang taat dan menurut sahaja, tetapi kita seharusnya mentarbiahkan mereka agar kelak menjadi pemimpin kita. Untuk itu, mereka haruslah ditarbiahkan supaya mempunyai pemikiran yang sentiasa bergerak, analitikal dan kritikal, bukannya statik dan jumud.

Mereka taat bukan kerana menurut secara buta-tuli individu-individu tertentu, tetapi dengan kefahaman yang mendalam berdasarkan kepada ilmu dan hujjah yang jelas, serta menjiwai sepenuhnya tuntutan fikrah ini. Pada masa yang sama, walaupun cara berfikir mereka kritikal, mereka tetap mendokong adab dan tatasusila, serta tetap mengutamakan tsiqah dan berlapangdada terhadap sesama sefikrah.


Para murabbi janganlah hanya menekankan supaya mereka menjadi burung kakak tua yang hanya mengulang-ulangkan kembali setiap apa yang disogokkan kepada mereka tanpa berfikir mendalam, tetapi seharusnya mendidik mereka supaya dapat mencernakan fikrah Islam itu sebaiknya lalu menghasilkan rekayasa yang asli dalam gubahan yang tersendiri, sarat dengan intipati yang penuh visi untuk meneroka jalan dakwah ke hadapan.

Ainullotfi
21 Disember 2014

No comments: