Sunday, August 23, 2009

JIM Press Statement: Answering Jeff Ooi


JIM Press Statement:

Answering Jeff Ooi


YB Ooi Chuan Aun, Member of Parliament for Jelutong, better known as Jeff Ooi, is still campaigning to remove Mohd Razali Abdullah, a Penang Municipal Councillor from the OSC (One-Stop Centre) Committee.

Jeff Ooi had persistently cited Mohd Razali’s membership of Jamaah Islah Malaysia (JIM), an Islamic NGO, as the reason for calling for his removal. To Ooi, Mohd Razali’s membership of JIM put him in a conflict-of- interest situation, alleging that he will put the Islamic interest before the interest of the Pakatan Rakyat and the people.. We assert that the Islamic interest would also serve the good interest of the people. We are confident that his Islamic credentials and professional experience will make him better equipped for the assigned responsibility.

YB Ooi was also reported to have said that Mohd Razali’s appointment was a “dangerous precedent”, alluding to JIM’s vision of a Malaysia that fully implements the syariah. If YB Ooi had not noticed, living by the syariah (Islam) would be the shared aspiration of Muslims not only in Malaysia but all over the world. We are perplexed as to why an appointment of a person that is true to Islam be a dangerous precedent. Islam had been around for so long that surely, peoples’ recent misunderstandings and prejudices against it would not efface its nobility or its relevance to society. This is the same Islam that built a modern civilisation which had great influence on the West. This was the safe haven that welcomed the Jews from the terror of the Inquisition. It would not be beyond the common man to understand and appreciate its beauty.

JIM will continue to advocate for the understanding of Islam as Islam is. We prefer to present Islam as a choice, work on building an acceptance and consensus while leaving it to the people to make their choice. Contrary to Ooi’s assumption, we believe our position has a stronger claim according to the Malaysian Constitution than the secular position he seemed to be championing.

As a responsible NGO we stand for preserving peace, upholding law and order and justice for all. We will continue to campaign for human rights and dignity, good governance (transparency, accountability, efficiency) and for the empowerment of the individuals and communities through effective participation in the democratic process.

Mohd Razali was a PKR appointee to the OSC committee, appointed on the basis of his political association and not for his NGO affiliation. As this is an internal matter, we urge the Pakatan Rakyat and the Penang Government to look into the underlying reasons for this very public spat. However, we expect Mohd Razali to be judged by his performance.

Zaid Kamaruddin
President
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia
4 August 2009

Memperingati Pencabulan al-Aqsa 21 Ogos 1969


Kenyataan Akhbar PACE


Hari al-Aqsa disambut secara rasmi oleh kerajaan Malaysia pada 21 Ogos setiap tahun. Apakah latarbelakang atau peristiwa yang melatari 21 Ogos sehingga tarikh itu dipilih sebagai hari al-Aqsa? Rencana ini akan melihat secara retrospek apakah signifikannya 21 Ogos yang pernah diraikan secara rasmi oleh kerajaan dan rakyat Malaysia terutama pada tahun-tahun 70’an dan awal 80’an.

Sebagaimana yang kita sedia maklum Malaysia adalah antara negara yang sangat vokal di dalam menyatakan solidariti bersama rakyat Palestin semenjak berlakunya pengusiran penduduk Palestin dari tanah air mereka pada tahun 1948 dengan berdirinya negara haram Israel dan pencerobohan ke atas Masjid al-Aqsa serta penaklukan Baitul-Maqdis dan Tebing Barat pada tahun 1967 oleh regim Zionis Israel. Malah sebelum dan sejurus mencapai kemerdekaan lagi negara Malaysia telah mempamirkan rekod keprihatinan yang amat membanggakan di dalam perjuangan membela rakyat Palestin meski tanah air sendiri masih lagi bergelut dengan pelbagai masalah dalaman dan luaran, termasuklah gugatan Malayan Union, ancaman Komunis, dan kebangkitan untuk mencapai kemerdekaan dari penjajahan British. Sejarah telah membuktikan bahawa seorang tokoh pejuang kemerdekaan yang tersohor iaitu Ustaz Abu Bakar al Baqir telah menggerakkan satu inisiatif yang diberi nama MATA (Majlis Agama Tinggi) pada tahun 1947 yang antara lain turut memberi tumpuan kepada isu-isu antarabangsa umat Islam khususnya pejuangan rakyat Palestin dan Pattani yang tertindas. Di samping itu perbahasan dalam Dewan Rakyat juga telah merakamkan penegasan prinsip yang digariskan oleh Profesor Zulkifli Muhammad di dalam menentukan sikap terhadap pengiktirafan entiti zionis Israel. Prof Zulkifli Mohamed mempersoal asas Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu ketika itu yang mengiktiraf negara Israel atas alasan ianya lahir dari ketetapan PBB 181 yang diterima pada tahun 1947 dengan sempadan yang terbentuk oleh The Rhodes Armistice pada tahun 1949. Walaupun kerajaan Perikatan memberi justifikasi pengiktirafan itu tidak bermakna Persekutuan Tanah Melayu akan menjalin hubungan diplomatik dengan Israel, pengiktirafan itu sendiri sudah cukup untuk memberi dokongan moral kepada entiti haram Israel. Tidak bermakna PBB mengakui negara Israel maka kita tidak punya pilihan dan terpaksa turut mengiktiraf sebuah negara yang didirikan dengan menafikan hak rakyat asal Palestin, meskipun proses pengiktirafan itu dibuat melalui badan dunia tersebut.

Untuk mengukuhkan hujah-hujahnya, Profesor Zulkifli Muhammad meletakkan persoalan asas berdirinya negara Israel itu. Apakah ia mempunyai hak untuk menubuhkan negara ‘Zionis’ di atas wilayah Palestin. Meskipun ia sudah tertubuh dan diakui oleh PBB, itu tidak menjawab soalan samada ia mempunyai hak atau sebaliknya. Bagaimana mungkin satu bangsa mengambil alih sebuah negara dari penduduk asalnya dan mendakwa ia berhak untuk mendirikan negara Israel di sana. Oleh itu, hujah beliau “…dengan tidak adanya hak asasi yang kuat (untuk penubuhan negara Israel), maka tidaklah adanya keadaan (de facto) itu membolehkan kita dengan sendirinya menganggap negara itu sah.”

Pada persidangan PBB pada tahun 1964, Malaysia melalui inisiatif sendiri telah mengemukakan deraf resolusi (A SPC/L.116) yang menggesa supaya suatu wakil rasmi (custodian) dilantik bagi pengurus hartanah pelarian di bumi Palestin yang terjajah. Wakil Malaysia berhujah bahawa tuntutan ini adalah selari dengan hak asasi di mana tidak ada sebab kenapa rakyat Palestin yang terusir tidak punya hak untuk menguruskan hartanah (samada rumah dan tanah) yang mana mereka dipaksa keluar oleh penjajah Israel. Menafikan hak rakyat Palestin dalam hal ini adalah merupakan satu diskrimasi agama dan kaum yang bertentangan dengan Piagam PBB dan prinsip-prinsip undang-undang antarabangsa. Sebagaimana yang diduga deraf ini ditentang oleh Israel. Dalam mempertahankan tuntutan tersebut, wakil Malaysia menegaskan bahawa ’persoalan kedaulatan Israel wajib dilihat dalam konteks prinsip-prinsip antarabangsa dan tanggungjawab yang diletakkan di atas entiti tersebut ketika ianya dilahirkan oleh resolusi PBB. Jika Israel enggan untuk melaksanakan tuntutan ini maka adalah menjadi tanggungjawab Persidangan Agung PBB memaksa Israel melakukannya.’

Pada bulan April 1969, atas inisiatif Kuala Lumpur, 23 buah negara Islam bertemu di ibu negara di dalam Konferens Islam Antarabangsa. Konferens ini meluluskan beberapa resolusi iaitu (1) mengutuk Israel kerana merampas wilayah Arab dan Palestin termasuk Baitul Maqdis Timur dalam pencerobohan pada tahun 1967, dan (2) menggesa negara-negara Islam mengadakan sidang kemuncak bagi menangangi keadaan yang amat genting natijah dari pencerobohan Israel dan kesannya ke atas Baitul Maqdis dari pelbagai aspek. Inisiatif yang dimulakan oleh Kuala Lumpur ini boleh dianggap sebagai langkah awal ke arah penubuhan OIC (Organisation of Islamic Conference).

Kemudian satu peristiwa yang amat mengguris hati umat Islam di seluruh dunia berlaku pada 21 Ogos 1969 apabila seorang pelampau Yahudi telah membakar Masjid al Aqsa. Kesan dari pembakaran ini menyebabkan kemusnahan yang besar dan kerugian yang tidak dapat ditaksir dengan wang ringgit. Selain dari beberapa peninggalan sejarah yang tidak ternilai musnah dijilat api seperti mimbar yang telah digunakan oleh Salahuddin al-Ayyubi sejak 700 tahun yang lalu, lebih penting lagi umat Islam merasa tercabar kerana Masjid ketiga paling suci dalam akidah umat Islam cuba dimusnahkan oleh tangan-tangan jahat zionis yang telah lama menyusun strategi untuk merobohkan Masjid al-Aqsa dan merampas tapak masjid untuk mendirikan rumah ibadat mereka (Haikal Sulaiman). Perbuatan pelampau Yahudi yang bernama Michael Dennis Rohan berbangsa Australia ini bukanlah satu perbuatan persendirian yang terpencil. Malah ia merupakan satu konspirasi yang dirancang sebegitu rapi oleh ketua-ketua agama Yahudi yang fanatik dan pendatang Yahudi yang bersekongkol dengan regim zionis untuk mengancam dan memusnahkan Masjid al Aqsa. Konspirasi ini amat jelas apabila penduduk Arab yang berada berhampiran masjid dibiarkan untuk memadamkan api yang sedang marak dengan menimba air dan memadamkan sendiri kebakaran dengan bantuan dari perkhidmatan bomba Jordan dari Ramallah, al-Khalil dan Nablus tanpa sebarang bantuan dari pehak berkuasa Israel. Michael Dennis dibicarakan atas percubaan membakar al Aqsa, tetapi diputuskan oleh mahkamah sebagai tidak siuman. Kejadian ini mengingatkan kita kepada pembunuhan yang berlaku di masjid Ibrahimi (Hebron) beberapa tahun lalu. Pelampau zionis ini juga dibicarakan dan mahkamah Israel memutuskan beliau juga tidak siuman. Samada Michael Dennis siuman atau tidak yang pasti satu laporan rasmi yang diterbitkan dalam akhbar Yediot Aharanot bahawa kuil Yahudi akan didirikan di tapak Masjid al-Aqsa pada 21 Ogos 1969 dan laporan itu terbit pada 18 Ogos, tiga hari sebelum berlakunya kejadian pembakaran ke atas Masjid al Aqsa.

Tindakan jahat ini telah mencetuskan satu inisiatif yang digerakkan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj (mantan Perdana Menteri Malaysia), Raja Faisal Arab Saudi dan Raja Hassan II Maghribi untuk mengadakan sidang kemuncak negara Islam di Rabat dari 22 hingga 25 September 1969. Sidang kemuncak ini memutuskan resolusi untuk menyatukan seluruh negara-negara Islam ke arah memastikan pengunduran Israel dari wilayah Palestin yang diduduki natijah dari perang 1967. Satu resolusi juga menegaskan bahawa sebarang penyelesaian Palestin yang tidak menjamin kedudukan Baitul-Maqdis sebagai ibu negara Palestin sebagaimana statusnya sebelum tahun 1967 akan ditolak oleh negara-negara Islam. Sehubungan dengan itu sebuah sekretariat ditubuhkan di Jeddah dan Setiausaha Agung (Sekretary General) yang pertama diberi kepercayaan dan penghormatan ialah YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Dengan ini rasmilah penubuhan OIC seperti yang diketahui pada hari ini.

Sebaik selesai sahaja sidang kemuncak di Rabat, YTM Tunku Abdul Rahman bergegas ke Persidangan Agung PBB pada 7 Oktober 1969 sebagai mewakili ketua-ketua negara Islam bagi menegaskan semula kedudukan isu Palestin. Persoalan Palestin yang telah dikeluarkan dari agenda Persidangan PBB sejak tahun 1952 telah kembali diiktiraf oleh PBB hasil dari desakan dan aspirasi ketua-ketua negara Islam yang diungkapkan dengan penuh meyakinkan oleh YTM Tunku Abdul Rahman di dalam persidangan PBB sesi yang ke 23 tersebut Persidangan Agung PBB kemudiannya merubah perspektif mereka terhadap isu Palestin dengan mengiktiraf rakyat Palestin sebagai penduduk yang mempunyai hak di bawah Piagam PBB. Kedudukan rakyat Palestin yang terusir dari tanah air mereka dan hak mereka yang tidak boleh diganggu gugat ini terjamin di bawah Resolusi PBB 2535B (XXIV) yang diterima oleh Persidangan Agung PBB pada 10 Disember 1969. Sumbangan dari YTM Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj wajar dirakamkan sebagai batu tanda yang penting dalam perjuangan umat Islam di persada antarabangsa dalam isu pembelaan ke atas rakyat Palestin.

Ikrar dan tekad yang disuarakan sejak sidang kemuncak Rabat pada tahun 1969 terus dihayati oleh kerajaan Malaysia dan rakyatnya sejak 21 Ogos 1969 sebagai Hari al-Aqsa ataupun kini dikenali dengan lebih populor sebagai ROQ (Remembrance of al Quds). Demi memperbaharui komitmen Malaysia terhadap hari al-Aqsa maka setem-setem memperingati tarikh penting ini telah dikeluarkan pada tahun 21 Ogos 1978 dan sekali lagi pada tarikh yang sama pada tahun 1982. Berdasarkan kepada rekod sokongan dan solidariti rakyat Malaysia yang amat membanggakan ini maka adalah wajar bagi kerajaan Malaysia menghidupkan kembali hari al-Aqsa pada hari ini. Pengistiharan melalui pengumuman di dalam media massa cetak dan elektronik adalah suatu yang boleh menyemarakkan semula hari al-Quds. Dengan cara ini maka kesedaran rakyat Malaysia untuk membantu rakyat Palestin yang terus terjajah dan tertindas terutama dengan kepungan dan serangan biadap yang berlaku ke atas Gaza awal tahun ini akan terus bersemarak. Ia juga akan membangkitkan kesedaran dan dhamir umat Islam untuk membantu saudara-saudaranya di Palestin terutama dengan kehadiran bulan Ramadhan al-Mubarak yang penuh keberkatan yang kebetulan jatuhnya pada tarikh yang sama pada tahun ini.

Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengarah
PACE
(Palestine Centre of Excellence - Pusat Kecemerlangan Palestin)
Menjelang 21 Ogos 2009

Pemahaman Mengenai Sejarah


Salah satu daripada sumber rujukan penting bagi seorang dai (pendakwah) ialah pengalaman mereka yang terdahulu dan rentetan sejarah yang menyertainya. Pengalaman-pengalaman ini begitu berharga sekali dalam memberikan kita suatu penilaian terhadap kes-kes yang telah berlaku, dan bagaimana sikap dan tindakan tertentu memberikan kesan terhadap apa yang terjadi sesudahnya.

Lantaran daripada kepentingan faktor sejarah inilah fikrah ini telah meletakkan di dalam manhaj tarbiyyah kita satu kedudukan yang penting bagi Sirah Nabawiyyah, iaitu jalan perjuangan ar-Rasul s.a.w. dan juga pemahaman terhadap perjuangan as-Sabiqun al-Awwalun. Tidak cukup itu, kita menekankan juga pengkajian Fiqh as-Sirah, yang bukan sahaja membawa cerita apa yang telah berlaku, tetapi mengupas tentang kenapa dan bagaimana ar-Rasul s.a.w. mengambil sesuatu tindakan, dan apa pengajaran yang dapat kita ambil daripadanya. Lantaran daripada kefahaman inilah kita telah menetapkan manhaj perjuangan kita. Begitu juga, apabila kita melalui bab tajdid Islami, tentu kita teringat bagaimana kita mempelajari sejarah para mujaddid zaman silam, dan menganalisis mengenai kekuatan dan kelemahan setiapnya, yang kesemuanya telah memberikan sumbangan yang tidak ternilai kepada kebangkitan Islam masa kini.

Beberapa Noktah Penting

Di dalam kita memahami sejarah, tentunya beberapa noktah penting harus kita pertekankan dahulu. Pertamanya, tentunya kita harus memastikan kesahihan sumber yang membawa sejarah itu. Di zaman ini, kita akan fahami kejadian yang sama daripada pelbagai perspektif, adakalanya bertepatan dengan apa yang sebenarnya berlaku, sementara yang lain hanyalah merupakan khayalan atau lagenda yang ditokok-tambah semata-mata untuk menyedapkan jalan cerita. Walaupun ada kalanya lagenda ini begitu nyaman sekali buat hati kita - lantaran menyebelahi pihak kita - ini bukanlah sumber kita.

Kadangkala suatu cerita yang disampaikan melalui beberapa orang satu demi satu akan berubah menjadi cerita yang sama sekali tak ada kena mengena dengan cerita asalnya. Untuk ini saya teringat satu contoh, satu cerita seorang yang terjatuh di dalam parit lalu basah kuyup, kemudiannya ditolongi oleh seorang anggota polis yang kebetulan lalu di situ dengan keretanya, menjadi kisah ianya kena tangkap basah, lalu tersebarlah ke serata kampung... Tambahan pula cerita jenis 'skandal' ni, lebih laris lagi...

Keduanya, kita harus juga memahami latarbelakang terjadinya sesuatu peristiwa itu. Mengetahui semata-mata satu kejadian secara tersendiri acapkali tidak membawa makna terhadap apa yang sebenarnya berlaku. Kisah Aurangzeb merampas kuasa daripada ayahnya Jahangir akan ternampak zalim dan tidak mengenang budi ayah pada kebanyakan orang, tambahan apabila ia mencampakkan ayahnya sendiri ke dalam penjara. Tetapi kiranya kita mengetahui bahawa Maharaja Mogul si-ayah itu zalim dan tidak mengikut lunas Islam, maka kita lebih mudah memahami kenapa ianya perlu dilaksanakan. Begitu juga dalam memahami hadis ar-Rasul s.a.w. kita harus memahami risalah Nubuwwah itu sendiri terlebih dahulu, yakni apakah tujuan kebangkitan baginda, baharulah setiap hadis akan menjadi kena pada tempatnya. Tidaklah kita terlalu memberatkan beberapa aspek tertentu (yang disebutkan dalam hadis juga) meninggalkan pokok risalah itu sendiri. Tidaklah kita jadi, seperti pepatah Inggeris, 'cannot see the forest, for the trees'.

Ketiganya, sejarah juga hendaklah difahami daripada kacamata aqidah dan fikrah itu sendiri. Penilaian dan penafsiran sesuatu kejadian yang sama akan berbeda kiranya ia dipandang oleh seorang Mu'min, seorang Komunis, seorang Kapitalis atau seorang Majusi. Malah dalam Islam sendiri, penilaiannya akan juga berbeda kiranya ia diperhatikan oleh seorang yang terbawa dengan pemikiran tasawwuf dan batiniyyah, seorang yang memahami Islam sebagai agama dalam pengertiannya yang sempit sahaja, seorang yang melihat Islam sebagai satu set hukum-hakam fiqh semata-mata, atau seorang yang beramal dengannya sebagai satu sistem yang syumul dan sempurna.

Terlebih penting, kita hendaklah memandang sejarah yang lampau itu dengan cara yang adil untuk mengetahui kebenaran, bukan sahaja kebenaran dalam konteks apa yang telah berlaku, tetapi juga kebenaran sebagai satu matlamat dan sasaran perjuangan kita.

--

Dalam konteks perjuangan kita ini, kita juga harus memahami rentetan sejarah yang melibatkan gerakan dan fikrah kita, agar tidak disalah fahamkan oleh kita sendiri atau disalahtafsirkan oleh yang lain. Rentetan ini penting dalam meneguhkan keyakinan kita kepada manhaj perjuangan ini. Sepertimana yang saya sebutkan tadinya: prinsip fiqh as-sirah begitu sentral sekali dalam manhaj tarbiyyah kita.


Ainullotfi bin Abdul Latif
al-Fikri al-Lamburi

Thursday, June 26, 2008

I created my blog!

Assalamu 'alaykum wr wb!

Welcome! I managed to create my blog today. I'm not sure what I'd fill in here, but then I'm sure I'd find something to write, insha ALlah. I'll see if this blogspot stuff is any good, and if I could also upload my collection of thousands of photographs here or its related site.

Cheers, wassalam.